Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti
nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik
Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan
yang sewajarnya. Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi
hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia
pasti, ia tidak merujuk kepada realiti.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di
dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan
dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji
aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan
memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus
kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik
dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu
cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam
bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula
sebagai matematik tulen sering ditemui.
No comments:
Post a Comment