Perpuluhan & Resos

PERPULUHAN

Definisi perpuluhan:
Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan angka sepuluh sebagai asas.Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan.
Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan .Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya melibatkan nombor-nombor 10,100,1000 dan lain-lain.
Dalam perpuluhan,simbol titik (.) digunakan.Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat disebelah kiri titik perpuluhan.
MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PECAHAN
  • Tuliskan perpuluhan dibahagikan dengan 1, seperti ini: perpuluhan / 1
  • Darabkan bahagian atas dan bahagian bawah sebanyak 10 bagi setiap nombor selepas titik perpuluhan. (Sebagai contoh, jika terdapat dua nombor selepas titik perpuluhan, maka darabkan dengan 100, jika terdapat tiga, darabkan dengan 1000, dll.)
  • Permudahkan pecahan.
  • Contoh: Ungkapkan 0.75 sebagai pecahan. Tuliskan 0.75 dibahagikan oleh 1 = 0.75/1
  • Darab bahagian atas dan bawah oleh 100 (ada 2 angka selepas titik perpuluhan supaya adalah 10 × 10 = 100). Oleh itu, 0.75/1 = 75/100
  • Permudahkan pecahan tersebut: 75/100 = 3/4.
MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PERATUSAN
  • Untuk menukar dari perpuluhan peratus, darabkan perpuluhan dengan 100, tetapi ingat untuk meletakkan tanda "%" supaya orang tahu ia adalah per 100.
  • Cara mudah untuk mendarabkan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kanan. 
RESOS

Carta Poket Pendaraban Dalam Perpuluhan

Carta poket ini telah direka khas bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi subjek Matematik. Carta Poket ini amat mudah,ringkas dan efektif untuk digunakan. Carta poket pendaraban ini telah direka khas bagi pendaraban dalam perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan. Cara - cara untuk menggunakan carta ini adalah sangat mudah!

Langkah-langkah : -

1. Mula-mula guru akan memasukkan nombor-nombor dalam petak poket berdasarkan soalan yang diberikan
2. Kemudian, masukkan nombor bulat untuk didarabkan
3. Jalankan proses pendaraban seperti biasa


Mudah kan? Carta poket ini memang sesuai untuk digunakan, bukan sahaja untuk mendarab, ianya juga boleh digunakan untuk menolak dan menambah. 
Picture
Carta Poket Pendaraban
Beginilah cara untuk menggunakan resos ini. Bahan ini amat meluas digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.







No comments:

Post a Comment