Operasi tambah dan tolak
Operasi tambah merupakan penyatuan dua kumpulan nombor bulat. Selain itu, operasi tambah juga membawa erti penambahan dengan membilang semua.Biasanya operasi tolak akan diajar selepas operasi tambah kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat iaitu pengurangan bilangan nombor bulat.
Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk memahami konsep operasi tolak dalam Matematik. Oleh itu. guru perlu merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan. Guru perlu memudahakan kefahaman konsep tersebut dengan memberitahu murid-murid bahawa nilai besar bagi nombor bulat berfungsi untuk menolak nilai yang kecil dalam nombor. Dalam mengajar operasi tolak, guru boleh menggunakan tiga teknik untuk membantu para murid dalam menguasai kemahiran penolakan iaitu menggunakan gambar rahah, penolakan secara manipulatif iaitu menggunakan jari-jemari atau alat bantu belajar serta menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.
Teknik yang sama juga boleh digunakan untuk operasi tambah.
Membina Resos - DEKAK-DEKAK
Penghasilan Dekak-dekak
Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan oleh murid-murid sekolah rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh dibina mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu mudah untuk dibentuk dan juga dipotong.
Rajah 1 : Tapak Dekak-Dekak
Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.
Rajah 2 : Tiang Dekak-Dekak
Rajah 3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak
Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada polisterin dan boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik perhatian murid-murid, tetapi bentuk kesemua bentuk buah tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang dipilih, maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua buah ke dalam rumah ratus.
Rajah 4 : Buah Dekak-Dekak
Rajah 5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang
Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.
Rajah .6 : Label bagi setiap rumah
|
Rajah 7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam
Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah
Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah. Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3 buah di rumah ratus, puluh dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak
No comments:
Post a Comment