Peratus & Resos

PERATUSAN
  • Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus).
  • Sering ditandai dengan tanda peratus,%.
  • Contoh: 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.
  • Juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain.
  • Contoh: Pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.
  • Konsep asas yang perlu diingat apabila melakukan pengiraan dengan peratusan bahawa simbol peratus boleh dianggap sebagai bersamaan dengan bilangan tulen malar 1 / 100 = 0.01, misalnya 35% daripada 300 boleh ditulis sebagai (35/100) × 300 =105.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PECAHAN
  • Jika anda diberi 45%, ia perlu diterjemahkan kepada 45 daripada 100 atau 45 / 100.
  • Pecahan ini boleh dipermudahkan kepada 9 / 20.
  • Apabila diberi peratusan yang mengandungi perpuluhan seperti 25.5%, anda juaga mengikut prosedur yang sama.
  • Tukar 25.5% kepada 25.5 / 100.
  • Gerakkan tempat perpuluhan ke kanan dalam pemgangka dan penyebut sehingga anda dapat menghilangkan pecahan perpuluhan. Oleh itu 25.5 / 100 menjadi 255 / 1000. Permudahkan 255 / 1000 = 51 / 200.
  • Kadangkala, peratusan adalah kurang daripada 1. Oleh itu 0.7% = 0.7 / 100 = 7 / 1000
  • Kadangkala peratus adalah lebih besar daripada 100. Oleh itu, 125% = 125 / 100 = 1 25/100 = 1 1 / 4.
  • Dalam kes ini, kita tukarkan peratusan kepada pecahan tidak wajar, kemudian kepada nombor bercampur, kemudian kita permudahkan.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PERPULUHAN

  • Peratus bermaksud "per 100", jadi 50% bererti 50 per 100, atau 50/100.
  • Jika anda membahagikan 50 dengan 100 anda akan mendapat 0.5 (nombor perpuluhan).
  • Untuk menukar dari peratus kepada perpuluhan: bahagikan dengan 100, dan membuang tanda "%".
  • Cara mudah untuk dibahagikan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kiri.

Resos

Picture
Kad Domino Peratus terdiri daripada 16 keping kad yang diatasnya tercetak dua bahagian yang berbeza. satu bahagian terdapat nombor peratus dan satu bahagian terdapat nombor pecahan perseratus. kad ini diperbuat dari kad keras dan tiada unsur kimia yang digunakan. Jadi ia selamat untuk kanak-kanak.

Cara menggunakan Kad Domino Peratus

Picture
  • Bilangan pemain bagi permainan ini adalah 3-5 orang bagi setiap kumpulan. jika bilangan murid ramai, guru boleh membuat lebih banyak kad. sekurang-kurangnya seorang murid akan mendapat 3 keping kad Donimo Peratus
  • Pada permulaan permainan, sekeping kad perulaan akan dicabut dan diletakkan di atas permukaan meja atau permukaan yang rata.
  • Setelah undian dilakukan, pemain pertama akan meletakan gabungan pasangan yang betul antara peratus dan pecahan perseratus. contohnya 45%, maka pemain perlu meletakan bahagian pecahan perseratus 45/100 berhanpiran bahagian 45%.
  • Kumpulan Pemenang dikira berdasarkan kepantasan menyusun kad mengikut padanan yang sesuai.
  • Jika ingin lebih meriah, guru boleh sediakan hadiah kepada kumpulan yang menang.

Picture

No comments:

Post a Comment